Monday, 23 March 2015

Hijrah Seorang Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah...setelah sekian lama...dapat juga saya menyambung tinta ini...

Sahabat sekalian...kita sering kali dengar orang itu nak jadi Muslimah orang ini nak jadi Muslimah kan, tapi jangan ingat nak jadi seorang Muslimah itu senang dan dengan hanya kata-kata di bibir kita mampu menjadi Muslimah? Jika kita beranggapan begitu tidak sama sekali.... Sebagaimana yang kita tahu, untuk melakukan sesuatu yang baik memang banyak ujian, cubaan, cabaran serta rintangan yang harus di lalui oleh seseorang itu... Tetapi jika itu jalan yang di pilih, sabarlah wahai yang ingin bergelar Muslimah...Kerana di sebalik sesusahan dan kepahitan itu akan ada kesenangan serta kemanisannya...


~HIJRAH SEORANG MUSLIMAH~
Dari tak pakai tudung, mula memakai tudung.
Dari tudung singkat, mula labuhkan tudung.
Dari labuhkan tudung, mula labuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah, mula ditutup dengan baju, dan mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka, mula tutup biar tak terdedah...
Ingat senang ke semua tu?
Ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang,
Belum lagi tempuh pandangan saudara mara,
Belum lagi tempuh kritikan kawan-kawan..
Ya..semua tak mudah..
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH???
YANG PERIT ADALAH....
Bila orang pandang kita baik, pandang kita sempurna, pandang kita cukup terjaga....
Sedangkan hati masih dicemari dosa-dosa..
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa-apa..
Lagha sini sana,
Kpop merata-rata,
Ikhtila entah kemana,
Gelak tak ingat dunia,
Sedangkan....
Orang ingat...
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya....
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu..
Orang yang memandang itu tak tahu..
Apa yang muslimah itu rasa,
Apa yang muslimah itu tempuh,
Dalam waktu-waktu dia mencuba.
Orang itu tak tahu...
Muslimah itu kadang-kadang rapuh,
Kadang-kadang jatuh,
Kadang-kadang tak utuh,
Kadang-kadang menyimpang jauh..
Muslimah itu juga kadang kadang tersasar, kadang kadang lebih berdosa dari pendosa, kadang kadang terpesong dari landasanya...
Orang itu tak tahu...
Muslimah itu sama,
Dia manusia biasa,
Ada rasa,
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu...
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain bicarakan,
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya kerana Allah..
Tabahlah muslimah,
Andai jalan itu yang di pilih,
Allah telah pun memelihara kamu,
Allah telah menjaga kamu,
Lalu...ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita..
Hidayah Allah itu perlu di cari,
Bukan di nanti,
Cari sejauh mungkin,
Gali sedalam dalamnya..
Dan bila ia di temui, ia terpulang pada diri sendiri, sama ada nak grab dan terus mencari Redha Ilahi, atau biarkan saja hidayah itu pergi....
Semuanya terletak pada diri. . . .
#tepukdadatanyaiman#
...Wallahua'lam...

#MuhasabahSiPendosa
#PencariJalanKebenaran

Wednesday, 6 August 2014

ALLAH Adalah Sebaik-Baik PERANCANG

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang... 

Spanjang kehidupan kita dan untuk meneruskan kehidupan...kita banyak merancang itu dan ini... semua benda kita rancang..ya lah orang cakap hidup ni perlukan perancangan...tapi sehebat manapun kita merancang, ketahuilah ALLAH itu sebaik-baik Perancang dan PerancanganNYA yang terbaik..

Ya Allah aku tahu, di saat dan ketika ini.. ramai sahabat-sahabat serta kawan-kawan ku yang sedang bersedih oleh kerana satu keputusan yang telah di buat oleh pihak berkenaan...dan ramai juga sahabat aku yang mengalami kesedihnya yang teramat sangat bagaikan hilang arah tuju...

Bila kita sedih..mesti kita bertanya bagaimana harus aku menghadapinya..???
Dan ALLAH telah memberi jawapan dalam surah Al-Baqarah : 45..
" Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dangan sabar dan solat..Dan sesungguhnya solat itu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.."

Sahabatku semua...percayalah..dengan apa yang kita lalui sekarang ini adalah ujian dari Allah.. mungkin sebelum ini kita ada sedetik terlupa untuk mengingatiNYA dan DIA memberi ujian kepada kita untuk kita kembali mengingatiNYA Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang... 

Mungkin pernah kita bertanya.. kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan???
Sesungguhnya Allah telah menjawab persoalan itu di dalam surah Al-Baqarah : 286..
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuat, padahal ia baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu..Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Sahabat...setiap apa yang kita rancang tidak semestinya menjadi kenyataan...dan percayalah ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita... dan banyakkan berdoa, sabar, dan tabahkan hati kerana hidup mesti diteruskan... Ingatlah sahabat.. rezeki, jodoh pertemuan dan ajal maut semua di tangan ALLAH SWT.. 

Ya Allah..aku tahu tidak ada insan yang sempurna di pentas dunia MU ini dan juga, tidak ada insan yang tidak di timpa ujian sepanjang kehidupannya.. kerana ujian itu penghapus dosa dan ujian dariMU itu juga adalah tanda sayangNYA ENGKAU kepada hambaMU...

...Doa Buat Sahabat dan Juga Diriku...

Ya ALLAH..
Tolonglah kami..
Bangkitkanlah hati kami..
Engkau tiupkanlah semangatMU ke dalam jasad kami..
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..
Cerahkanlah laluan perjalanan hidup kami..
Ceriakanlah hidup kami..
Hilangkanlah perasaan sedih dari menyelubungi hati-hati kami..
Maafkanlah kami Ya ALLAH..
Andai ada sesaat, kami terlupa untuk mengingati MU..
Sesungguhnya kami hamba yang lemah..
Ampunkanlah segala salah dan silap kami..
Engkau ajarkanlah kani erti Redha tentang segala apa yang telah ditetapkan oleh MU..
Bangkitkanlah semangat kami..
Untuk kami meneruskan perjuangan sebagai hamba MU di pentas dunia ini..
Dan ENGKAU temukan kami dengan kebahagiann dan kegembiraan pada suatu hari nanti..
~AMIN~

Masalah, ujian dan dugaan yang dihadapi adalah pelengkap kehidupan... kerana masalah, ujian dan dugaan umpama warna dalam kehidupan.. jika tiada warna, maka pudarlah dunia....

Berdoa, Tabah dan Sabar...
..Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...

Insya Allah

Saturday, 31 May 2014

Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim...

ASSALAMUALAIKUM WBT

Allahu Akbar...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi pinjaman nafas untuk kita bernafas meneruskan perjuangan sebagai hamba-NYA.... dan aku bersyukur juga kerana pena ku ini masih lagi bisa bergerak pada hari ini.... untuk perkongsiaan seterusnya...

InsyaAllah hari ni aku ingin berkongsi tentang pengalaman aku semasa berada di tempat berkhidmat.. pengalaman ni adalah pengalaman yang sangat-sangat bermakna dan tidak dapat di lupakan...

Pada 29 Mei 2014, aku di beri tugas untuk menyertai sesi pengurusan jenazah yang tidak dituntut di ruangan forensik...  aku bersyukur kerana di beri keizinan untuk melihat dan melaksanakan tugasan ini... tapi bila mana ustaz aku cakap, jenazah ini adalah jenazah yang tak di tuntuk @ tiada waris aku mula rasa kesian terhadap jenazah tersebut...dan aku terkejut kerana ustaz cakap " jenazah tu bukan sorang... tapi tiga orang".. Allahu Akbar...

Aqu akan mula masuk ke bilik forensik pada jam 9.00 pagi untuk uruskan jenazah tersebut..tapi sebelum masuk, ustaz memberitahu agar aku bersedia untuk menghadapinya... dan dalam hati, aku berkata : InsyaAllah aku bersedia dan akan kuat walau macam mana sekali pun keadaan jenazah tersebut....

Tibalah saat yang di tunggu, bila mana aku menjejak kaki ke bilik forensik dan melagkahkan kaki ke ruangan pengurusan jenazah Islam, aku melihat satu persatu jenazah di keluarkan dari peti dan di bawa ke bilik mandi jenazah... dua jenazah yang di keluarkan dari peti dan satu jenazah yang di bawa dari luar...


jenazah yang tak dituntut

Ini lah jenazah yang tak dituntut.. dua baby dan satu dewasa... bila tengok gambaq ni mesti tertanya-tanya kan mana jenazah dewasa????? ha..ni aku nak habaq, jenazah dewasa ada dalam plastik hitam tu..jenazah dewasa tu sedih sangat..nak tahu kenapa??? jenazah tu hanya tinggal tengkoraknya sahaja dan tak dapat di kenalpasti identitinya...Masya Allah....


Alhamdulillah pengurusan ketiga-tiga jenazah ini berjalan dengan lancar...tapi faham-faham la kalau jenazah yang dah lama ni macam mana baunya kan..?? tapi semua tu aku ketepikan... yang aku fikir, mesti cepat-cepat menyempurnakan kesemua jenazah ini...

Akhirnya selesai sudah sehinggalah pengebumiaan... sama-sama kita doakan semoga kesemua jenazah ini ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh...amin...


Ni saja lah perkongsiaan pengalaman aku semasa melaksanakan tugas yang di amanahkan....

Alhamdulillah aku telah diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini, yang mana aku rasa tidak semua orang dapat merasainya... Terima kasik Ya Allah kerana ENGKAU telah memilih ku untuk merasai semua ini...dan bila aku melaksanakan tugasan ini, hati ku terdetik dengan kata-kata... "Ya Allah sesungguhnya MATI itu pasti bagi setiap hamba MU..." oleh itu, sama-samalah kita banyak memperingati tentang kematiaan...kerana dengan mengingati mati, diri akan dekat dengan Pencita kita iaitu ALLAH SWT...... 

Ketahuilah sesungguhnya KEMATIAN adalah KEPASTIAN....

...Wallahu'alam..



Saturday, 24 May 2014

SIFAT MANUSIA


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada aku untuk meneruskan tinta kali ini... 

InsyaAllah hari ni aku nak berkongsi sedikit pengetahuan dan ilmu yang aku belajar iaitu tentang SIFAT MANUSIA.. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
" Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah dari harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mehu yang ketiga.Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat..." (Hadis Riwayat Ahmad)

Huraian hadis ;

i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain..

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individuyang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri..

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha, di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan.. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah SWT.. Bahkan Allah SWT telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan di tambah...manakala sebaliknyaa pula bagi orang yang kufur iaitu orang yang tidak bersyukur....

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan... di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan, dan sebagainya...tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat....

v) Bersegeralah beristirghfar dan bertaubat di atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan kerana Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat...

SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN
Tepuk Dada Tanyalah IMAN.....

Friday, 2 May 2014

Berzikirlah...Walau Sesibuk Mana Sekalipun Kita...

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Pencipta sekelian 'alam..InsyaAllah bersempena dengan bulan REJAB yang mulia ini, sama-sama lah kita tingkatkan amalan untuk menuju ke bulan-bulan yang akan datang..

Sepertimana yang kita tahu, banyak amalan-amalan yang kita boleh lakukan dan tanpa sedar amalan itu walaupun sekecil-kecil amalan, tapi ia memberi ganjaran yang besaq kepada kita...dan hari ni aqu nak kongsi salah satu amalannya ialah dengan BERZIKIR........

Zikir ialah ibadah yang paling ringan, tapi amat berat timbangan pahalanya... walaupun mudah dan ringan untuk di amalkan, kebanyakan muslim lupa untuk melakukan nya...kenapa??? ini desebabkan ia tidak di latih berbuat demikian....



Satu kisah dari pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari.. burung itu hinggap di atas pokok kurma.. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burung pun yang mempunyai sarang di situ.. Beliau berkata:
" saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya.. setiap kali burung itu mendekatinya ia pun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang.. perbuatan itu dilakukannya setiap hari"..

Dari kisah tersebut, ia mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain..Manakala kehinaan itu adalah kerana mensiakan potensi dan kekuatan jasmani serta rohani yang Allah SWT kurniakan kepada kita... Kerana sedangkan haiwan bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna..tetapi manusia masih lagi di ulit mimpi angan-angan yang panjang.. Haiwan dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT.. tetapi manusia??????



Allah SWT berfirman di dalam surah At-Taubat ayat 105 yang bermaksud:
" Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-NYA serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan di kembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu di berikannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"..

Semua muslim tahu, bekerja itu ibadah... Bahkan nafkah yang yang di hulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama..tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini... ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman.. Di manakah kelemahannya??? hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur..? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang makudnya: " Jika datang hari kiamat dan di tangan seseorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya". (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Di sini aku ingin berkongsi semangat kerja Nabi Allah Idris AS yang boleh dicontohi.. Baginda seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri..pada suatu hari, Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi??Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi" (Surah Maryam : 57). Nabi Idris menjawab: "saya tidak tahu wahai Tuhanku". Allah berfirman: "Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-KU seperti setengah amalan penduduk dunia inikerana kamu banyak berzikir".. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh". (Surah Fatir : 10)

Begitulah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; SubhanAllah, Walhamdulillah, WalailahaillAllah, WAllahu Akbar.. Pekerjaan yang di lakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah SWT dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredhaan Allah...

Demikianlah zikir yang dilakukan...Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat.. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat.. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh di lakukan.. Sungguh senang, tapi ramai yang meninggalkannya....

Ini pula kisah dari Al-Imam Ibnu al-Qayyim beliau menyatakan: "Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas kala berdiri, duduk dan berbaring.. gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah"

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang palih sibuk dgn dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya... Baginda adalah seorang ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang di hormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat...Baginda juga  seorang ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun.. Seluruh masa dan tenaga di kerahkan utk memastikan mereka yg hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah..pastikan ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, SYURGA yang abadi.. InsyaALLAH....

Allahu Akbar..... begitu senangkan untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak.. Jadi, apa yang kita tunggu lagi???? sedangkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa berzikir walau dalam apa jua keadaan sekalipun..walaupun Allah telah menjanji kan SYURGA buat Baginda, tapi baginda tetap melakukan amalan-amalan untuk mendapat kan SYURGA....

untuk kita sebagai seorang hamba yang belum tahu lagi sama ada SYURGA atau sebaliknya.. dengan kesempatan dan peluang yang di beri oleh Yang Maha Kuasa ini, marilah sama-sama kita merebut untuk melakukan amalan yg boleh membawa kita ke tempat yang abadi (SYURGA) dan salah satunya adalah dengan berZIKIR.....

....SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALAILAHA ILLALLAH, WALLAHUAKBAR....

WALLAHU A'LAM

Friday, 25 April 2014

Senyum Itu Sedekah

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah harini dapat lagi aku meneruskan entry untuk kali ini...baik lah  kali ni aku nak kongsi sikit la apa yang telah saya belajar hari ni iaitu....... Sedekah..

seperti mana yang kita tahu, sedekah itu banyak cara dan jalanya... antara salah satu cara untuk kita bersedekah dengan mudah dan tanpa ada modal iaitu... SENYUM....




"senyum umpama titian dalam kehidupan, kau tersenyum ku tersenyum, kemesraan pun menguntum"... Ungkaan ini merupakan lirik lagu yang sesekali kita dengar di corong radio atau pun di kaca tv...

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya bahawa anak keturunan Nabi Adam a.s memiliki  kewajipan untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit...

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekah bertanya; "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?" Rasulullah SAW bersabda; "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma'ruf  dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga adalah sedekah". ( Hadais riwayat Tirmizi dan Abu Dzar ) 



Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah; "Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah". ( Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Hibban dan Baihaqi )

Salah seorang sahabat, Abdullah Bin Harits pernah menuturkan tentang Rasulullah SAW bahawa; "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum dari Rasulullah SAW". (Hadis Riwayat Tirmizi)

Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan...Rasulullah SAW bersabda; "Janaganlah kamu meremhkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu". (Hadis Riwayat Muslim)


Oleh yang sedemikian, kita sebenarnya sudah bersedekah...jika sekiranya kita senyum apabila bertemu dengan orang lain, sama ada kita sedari atau tidak, ketahuilah pahala bersedekah itu sedang mengalir tak kala kita menguntum senyuman...

untuk mendapat pahala sedekah mudah ja kan??? kita tidak perlu menunggu punya harta benda yang banyak untuk bersedekah...hanya dengan SENYUM secara automatik kita sudah bersedekah... Alhamdulillah..


SENYUM lah dan selamat beramal... :)

Sunday, 20 April 2014

Sesaat Bersama Mereka…


                                          بسم الله الرحمن الرحيم

                                          ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bersyukur kepada Yang Maha Pencipta, kerana dapat lagi aku menggerakan penaku untuk kali ini…

Setelah berbulan aku meninggalkan team, kali ni Allah beri aku peluang untuk bersama team walaupun hanya sesaat…Ni cite sewaktu aku bersama team aku semasa sukan MASUM 2014 yang berlangsung di UPSI pada April 2014.. Alhamdulillah walaupun sudah hampir lima bulan lamanya aku tak bersama team, tapi ukhwah kami masih lagi seperti dulu.. walaupun dengan adanya junior2 baru yang belum berta’aruf, tapi kami seperti sudah lama kenal.. Betapa kuatnya ukhwah yang Allah anugerahkan kepada kami.. Terima kasih Ya Allah….

Sukan yang berlangsung selama seminggu, tapi aku dan kawan2 hanya berpeluang bersama team hanya sehari semalam sahaja untuk hadir memberi semangat dan sokongan buat adik2 junior, ini kerana aku dan kawan2 ada tugasan lain yang perlu ditunaikan..Sekarang team kami sudah menjadi full team yang mempunyai ahli yang ramai berbanding time aku dan kawan2 aku dulu..Alhamdulillah…


Ni la adik2 junior aku sekarang.. aku gembira dapat berjumpa dengan mereka serta dapat pergi ke sana untuk memberi semangat dan sokongan kepada mereka walaupun hanya sekejap.. sekali gus dapat juga bergambor dengan mereka..bila aku tengok adik2 junior aku dalam perlawanan, hati aku teringat saat aku berada dalam team waktu muda2 dulu… tapi aku terpaksa pencen seketika untuk melaksanakan tugasan yang di beri.. kalau aku bertanding pun conform kecundang.. sebab apa.... maklum la fitness kurang…

Alhamdulillah hasil daripada perlawanan itu, adik2 junior aku berjaya membawa pulang 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa.. mereka memang terbaik… dan teringat pula time aku brtanding dulu, Alhamdulillah aku dan team dapat juga bawa balik beberapa pingat…

kenangan game terakhir 
Tapi bila ingat balik time dalam team, aku paling tak boleh lupa ialah sewaktu coach aku marah aku dan kawan seteam sebab minum ais.. time tu memang coach betul2 marah dengan kami.. sebab apa coach marah dengan kami? sebab coach da pesan da sebelum ni, tapi kami curi2 minum, last2 kantoi...sampai kami di denda lari sepuluh round dekat padang bola.. Allahu Akbar....tau2 la padang bola tu besor mana kn.??? Ya Allah time lari tu pelbagai rasa yang ada dalam badan, ada yang sampai muntah2..tapi kami fikir mungkin ada sebab kenapa coach kami buat kami mcm tu… Dan ada satu benda lagi yang coach aku paling pantang untuk di minum ialah……..

cOOl bLOg
Ya la, disebab didikan coach yang garang tu la aku da team boleh smpai ke tahap ini...seperti mana coach kami cakap, kita from ZERO to HERO.... dan aku bersyukur kerana di anugerahkan team yang bagi aku satu keluarga team yang besar dan ukhuwah yang sangat indah..Terima Kasih Ya Allah....

              "Ukhuwah itu adalah satu anugerah yang sangat indah dari Yang Maha Kuasa" 

Alhamdulillah kerana aku di pilih untuk merasa manisnya ukhuwah yang di anugerahkan.. terima kasih juga buat kawan2 seteam kerana menjadi teman, kawan, sahabat serta keluarga untuk ku....