بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM WBT...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Pencipta sekelian 'alam..InsyaAllah bersempena dengan bulan REJAB yang mulia ini, sama-sama lah kita tingkatkan amalan untuk menuju ke bulan-bulan yang akan datang..
Sepertimana yang kita tahu, banyak amalan-amalan yang kita boleh lakukan dan tanpa sedar amalan itu walaupun sekecil-kecil amalan, tapi ia memberi ganjaran yang besaq kepada kita...dan hari ni aqu nak kongsi salah satu amalannya ialah dengan BERZIKIR........
Zikir ialah ibadah yang paling ringan, tapi amat berat timbangan pahalanya... walaupun mudah dan ringan untuk di amalkan, kebanyakan muslim lupa untuk melakukan nya...kenapa??? ini desebabkan ia tidak di latih berbuat demikian....
Satu kisah dari pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari.. burung itu hinggap di atas pokok kurma.. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burung pun yang mempunyai sarang di situ.. Beliau berkata:
" saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya.. setiap kali burung itu mendekatinya ia pun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang.. perbuatan itu dilakukannya setiap hari"..
Dari kisah tersebut, ia mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain..Manakala kehinaan itu adalah kerana mensiakan potensi dan kekuatan jasmani serta rohani yang Allah SWT kurniakan kepada kita... Kerana sedangkan haiwan bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna..tetapi manusia masih lagi di ulit mimpi angan-angan yang panjang.. Haiwan dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT.. tetapi manusia??????
Allah SWT berfirman di dalam surah At-Taubat ayat 105 yang bermaksud:
" Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-NYA serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan di kembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu di berikannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"..
Semua muslim tahu, bekerja itu ibadah... Bahkan nafkah yang yang di hulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama..tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini... ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman.. Di manakah kelemahannya??? hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur..? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang makudnya: " Jika datang hari kiamat dan di tangan seseorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya". (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Di sini aku ingin berkongsi semangat kerja Nabi Allah Idris AS yang boleh dicontohi.. Baginda seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri..pada suatu hari, Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi??Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi" (Surah Maryam : 57). Nabi Idris menjawab: "saya tidak tahu wahai Tuhanku". Allah berfirman: "Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-KU seperti setengah amalan penduduk dunia inikerana kamu banyak berzikir".. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh". (Surah Fatir : 10)
Begitulah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; SubhanAllah, Walhamdulillah, WalailahaillAllah, WAllahu Akbar.. Pekerjaan yang di lakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah SWT dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredhaan Allah...
Demikianlah zikir yang dilakukan...Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat.. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat.. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh di lakukan.. Sungguh senang, tapi ramai yang meninggalkannya....
Ini pula kisah dari Al-Imam Ibnu al-Qayyim beliau menyatakan: "Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas kala berdiri, duduk dan berbaring.. gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah"
Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang palih sibuk dgn dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya... Baginda adalah seorang ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang di hormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat...Baginda juga seorang ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun.. Seluruh masa dan tenaga di kerahkan utk memastikan mereka yg hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah..pastikan ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, SYURGA yang abadi.. InsyaALLAH....
Allahu Akbar..... begitu senangkan untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak.. Jadi, apa yang kita tunggu lagi???? sedangkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa berzikir walau dalam apa jua keadaan sekalipun..walaupun Allah telah menjanji kan SYURGA buat Baginda, tapi baginda tetap melakukan amalan-amalan untuk mendapat kan SYURGA....
untuk kita sebagai seorang hamba yang belum tahu lagi sama ada SYURGA atau sebaliknya.. dengan kesempatan dan peluang yang di beri oleh Yang Maha Kuasa ini, marilah sama-sama kita merebut untuk melakukan amalan yg boleh membawa kita ke tempat yang abadi (SYURGA) dan salah satunya adalah dengan berZIKIR.....
....SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALAILAHA ILLALLAH, WALLAHUAKBAR....
WALLAHU A'LAM
No comments:
Post a Comment