Bismillahirrahmanirrahim...
ASSALAMUALAIKUM WBT
Allahu Akbar...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi pinjaman nafas untuk kita bernafas meneruskan perjuangan sebagai hamba-NYA.... dan aku bersyukur juga kerana pena ku ini masih lagi bisa bergerak pada hari ini.... untuk perkongsiaan seterusnya...
InsyaAllah hari ni aku ingin berkongsi tentang pengalaman aku semasa berada di tempat berkhidmat.. pengalaman ni adalah pengalaman yang sangat-sangat bermakna dan tidak dapat di lupakan...
Pada 29 Mei 2014, aku di beri tugas untuk menyertai sesi pengurusan jenazah yang tidak dituntut di ruangan forensik... aku bersyukur kerana di beri keizinan untuk melihat dan melaksanakan tugasan ini... tapi bila mana ustaz aku cakap, jenazah ini adalah jenazah yang tak di tuntuk @ tiada waris aku mula rasa kesian terhadap jenazah tersebut...dan aku terkejut kerana ustaz cakap " jenazah tu bukan sorang... tapi tiga orang".. Allahu Akbar...
Aqu akan mula masuk ke bilik forensik pada jam 9.00 pagi untuk uruskan jenazah tersebut..tapi sebelum masuk, ustaz memberitahu agar aku bersedia untuk menghadapinya... dan dalam hati, aku berkata : InsyaAllah aku bersedia dan akan kuat walau macam mana sekali pun keadaan jenazah tersebut....
Tibalah saat yang di tunggu, bila mana aku menjejak kaki ke bilik forensik dan melagkahkan kaki ke ruangan pengurusan jenazah Islam, aku melihat satu persatu jenazah di keluarkan dari peti dan di bawa ke bilik mandi jenazah... dua jenazah yang di keluarkan dari peti dan satu jenazah yang di bawa dari luar...
jenazah yang tak dituntut
Ini lah jenazah yang tak dituntut.. dua baby dan satu dewasa... bila tengok gambaq ni mesti tertanya-tanya kan mana jenazah dewasa????? ha..ni aku nak habaq, jenazah dewasa ada dalam plastik hitam tu..jenazah dewasa tu sedih sangat..nak tahu kenapa??? jenazah tu hanya tinggal tengkoraknya sahaja dan tak dapat di kenalpasti identitinya...Masya Allah....
Alhamdulillah pengurusan ketiga-tiga jenazah ini berjalan dengan lancar...tapi faham-faham la kalau jenazah yang dah lama ni macam mana baunya kan..?? tapi semua tu aku ketepikan... yang aku fikir, mesti cepat-cepat menyempurnakan kesemua jenazah ini...
Akhirnya selesai sudah sehinggalah pengebumiaan... sama-sama kita doakan semoga kesemua jenazah ini ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh...amin...
Ni saja lah perkongsiaan pengalaman aku semasa melaksanakan tugas yang di amanahkan....
Alhamdulillah aku telah diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini, yang mana aku rasa tidak semua orang dapat merasainya... Terima kasik Ya Allah kerana ENGKAU telah memilih ku untuk merasai semua ini...dan bila aku melaksanakan tugasan ini, hati ku terdetik dengan kata-kata... "Ya Allah sesungguhnya MATI itu pasti bagi setiap hamba MU..." oleh itu, sama-samalah kita banyak memperingati tentang kematiaan...kerana dengan mengingati mati, diri akan dekat dengan Pencita kita iaitu ALLAH SWT......
Ketahuilah sesungguhnya KEMATIAN adalah KEPASTIAN....
...Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment