Saturday, 24 May 2014

SIFAT MANUSIA


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada aku untuk meneruskan tinta kali ini... 

InsyaAllah hari ni aku nak berkongsi sedikit pengetahuan dan ilmu yang aku belajar iaitu tentang SIFAT MANUSIA.. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
" Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah dari harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mehu yang ketiga.Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat..." (Hadis Riwayat Ahmad)

Huraian hadis ;

i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain..

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individuyang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri..

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha, di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan.. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah SWT.. Bahkan Allah SWT telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan di tambah...manakala sebaliknyaa pula bagi orang yang kufur iaitu orang yang tidak bersyukur....

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan... di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan, dan sebagainya...tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat....

v) Bersegeralah beristirghfar dan bertaubat di atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan kerana Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat...

SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN
Tepuk Dada Tanyalah IMAN.....

No comments:

Post a Comment