بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM...
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah bersyukur kepada Yang Maha Pencipta,
kerana dapat lagi aku menggerakan penaku untuk kali ini…
Setelah berbulan aku meninggalkan team, kali ni Allah
beri aku peluang untuk bersama team walaupun hanya sesaat…Ni cite sewaktu aku
bersama team aku semasa sukan MASUM 2014 yang berlangsung di UPSI pada April
2014.. Alhamdulillah walaupun sudah hampir lima bulan lamanya aku tak bersama
team, tapi ukhwah kami masih lagi seperti dulu.. walaupun dengan adanya junior2
baru yang belum berta’aruf, tapi kami seperti sudah lama kenal.. Betapa kuatnya
ukhwah yang Allah anugerahkan kepada kami.. Terima kasih Ya Allah….
Sukan yang berlangsung selama seminggu, tapi aku dan
kawan2 hanya berpeluang bersama team hanya sehari semalam sahaja untuk hadir
memberi semangat dan sokongan buat adik2 junior, ini kerana aku dan kawan2 ada
tugasan lain yang perlu ditunaikan..Sekarang team kami sudah menjadi full team
yang mempunyai ahli yang ramai berbanding time aku dan kawan2 aku dulu..Alhamdulillah…
Ni la adik2 junior aku sekarang.. aku gembira dapat
berjumpa dengan mereka serta dapat pergi ke sana untuk memberi semangat dan sokongan
kepada mereka walaupun hanya sekejap.. sekali gus dapat juga bergambor dengan mereka..bila aku tengok adik2 junior aku
dalam perlawanan, hati aku teringat saat aku berada dalam team waktu muda2 dulu… tapi aku terpaksa pencen seketika untuk melaksanakan tugasan yang di beri..
kalau aku bertanding pun conform kecundang.. sebab apa.... maklum la fitness kurang…
Alhamdulillah hasil daripada perlawanan itu, adik2
junior aku berjaya membawa pulang 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa.. mereka
memang terbaik… dan teringat pula time aku brtanding dulu, Alhamdulillah aku dan team dapat juga bawa balik beberapa pingat…
kenangan game terakhir |
Tapi bila ingat balik time dalam team, aku paling tak
boleh lupa ialah sewaktu coach aku marah aku dan kawan seteam sebab minum ais..
time tu memang coach betul2 marah dengan kami.. sebab apa coach marah dengan kami? sebab coach da pesan da sebelum ni, tapi kami curi2 minum, last2 kantoi...sampai kami
di denda lari sepuluh round dekat padang bola.. Allahu Akbar....tau2 la padang bola tu
besor mana kn.??? Ya Allah time lari tu pelbagai rasa yang ada dalam badan, ada
yang sampai muntah2..tapi kami fikir mungkin ada sebab kenapa coach kami buat
kami mcm tu… Dan ada satu benda lagi yang coach aku paling pantang untuk di
minum ialah……..
cOOl bLOg |
Ya la, disebab didikan coach yang garang tu la aku da team boleh smpai ke tahap ini...seperti mana coach kami cakap, kita from ZERO to HERO.... dan aku bersyukur kerana di anugerahkan team yang bagi aku satu keluarga team yang besar dan ukhuwah yang sangat indah..Terima Kasih Ya Allah....
"Ukhuwah itu adalah satu anugerah yang sangat indah dari Yang Maha Kuasa"
Alhamdulillah kerana aku di pilih untuk merasa manisnya ukhuwah yang di anugerahkan.. terima kasih juga buat kawan2 seteam kerana menjadi teman, kawan, sahabat serta keluarga untuk ku....
No comments:
Post a Comment