بسم
الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
wbt…
Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH kerana dapat lagi saya meneruskan entry kali ni.... Entry kali ni saya inigin berkongsi pasal JODOH... Haaa........Bila sebut je pasai jodoh ni, mula la…… semua
buka mata dan tersenyum walau duk sorang-sorang kan???
Ermm….Saya pulak, setiap kali aku bercakap dan
berbual dengan sahabat-sahabat, semua busy pasai jodoh dan kawen. maklum
la masing-masing da besaq dan dah hampir nak tamat ngaji da… dan Alhamdulillah la da ramai juga di antara sahabat-sahabat saya yang sudah
mendirikan masjid dan ramai juga yang da ada cahaya mata (saya doakan semoga
mereka bahagia dan kekal smpai syurga..Aminnn)..tapi yang saya duk peliknya dorang ni sebok je asyik duk tanya saya, “bila awak nak kawen???” katanya tak sabaq nak tengok sape la jodoh
saya tu…. saya pun apa lagi….
SENYUM ja lah…..
Hah!!! Jodoh.??? Bagi saya, jodoh dan pertemuaan tu semoa di tentukan
oleh ALLAH. Tapi betul la juga apa yang di cakap oleh sahabat-sahabat saya, yang
jodoh memang ditentukan oleh ALLAH, tapi kita kena usaha juga sebab ALLAH pun
menyuruh hamba-NYA berusaha. Seperti mana yang saya dengaq la orang-orang duk cakap, “perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan”.
saya katakan TIDAK!!! Kerana bagi saya, perempuan itu berhak memilih…. Jap jap….Jangan salah faham plak, memilih yang saya maksudkan di sini adalah seseorang perempuan itu berhak memilih siapa bakal
IMAM mereka yang mana imam itu boleh membimbing dan membawa mereka straight to JANNAH…
Sepertimana yang kita tahu jodoh tu adalah ketentuan dan telah ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta.. Dan kita sebagai manusia, sudah menjadi fitrah saling suka menyukai antara satu sama lain..tetapi tidak semestinya orang yang kita suka @ orang yang kita kenal itu adalah jodoh kita, dan mungkin orang yang paling kita tidak suka @ tidak kenal itu lah jodoh kita yang telah ditetapkan oleh-NYA....

kita tak perlu lah nak mencari yang betul-betul sempurna, perfect dan kamil
untuk menjadi pendamping, cukuplah sekiranya yang sederhana itu mampu membuat
kita bahagia serta boleh membimbing, dan membawa kita straight to HEAVEN...
"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si Soleh,
tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika
inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang solehah, tetapi
berusahalah menjadi yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu
yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa."
AKU......
tidaklah seMULIA KHADIJAH, tidaklah seTAQWA AISHAH, tidaklah seTABAH FATIMAH, bukan pula seKAYA BALQIS, apa lagi seCANTIK ZULAIKHA...
aku hanyalah wanita akhir zaman, yang punya cita-cita, ingin menjadi seorang yang SOLEHAH..
Buat shabat, teman-teman dan juga diri saya sdiri, jangan risau atau
takut andainya kita belum mempunyai pasangan… apa
yang penting???? iaitu berDOA kepada-NYA agar dipertemukan kita dengan seseorang
yang boleh menjadi seorang IMAM yang selalu membimbing kita ke jalan ALLAH….INSYALLAH……
Percayalah wahai sahabat, Jodoh itu adalah rahsia ALLAH.. berdoalah kepada-NYA dan .sekirannya doa kita tidak dimakbulkan pada hari ini, jangan pernah berputus asa untuk berdoa dan terus berdoa lagi...... sesungguhnya ALLAH rindukan doa kita dan DIA sedang merancang serta mengatur sesuatu yang lebih baik lagi untuk kita... InsyaALLAH....

"Sejauh mana dan sehebat mana pun kita merancang, tetapi percayalah ALLAH itu adalah sebaik-baik Perancang....."
~DOA SAYYID QUTUB~
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah
aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar
tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya
Rabbana..
Jika aku
jatuh hati,
jagalah
hatiku padanya,
agar
tidak berpaling daripada hatiMU…
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu…
Ya Allah…
Jika aku sedang menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu…
Ya Allah…
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu…. AMIN

DOAKU...... Ya Allah.. Engkau
tahu semua hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada Mu, bertemu
dalam ketaatan terhadap Mu, bersatu
kerana dakwah pada Mu, bersatu
dalam membela syariat Mu, Kukuhkanlah
ikatannya Ya Allah, Kekalkanlah
cintanya… Tunjuk
kanlah semua jalannya, Penuhilah
hati ini dengan cahaya Mu yang tak pernah pudar, Lapangkan
dada ku dengan limpahan keimanan kepada Mu dan
keindahan tawakal kepada Mu..... Amin Ya Rabbal
'Alamin.
"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
No comments:
Post a Comment