بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt ...
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta Seluruh 'Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. bersyukur kita kerana masih di beri peluang dan kesempatan untuk meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang khalifah di pentas dunia ini...
...Tanamkan azam dalam diri, agar hari ini lebih baik dari semalam...
KENAPA AKU DI UJI ????
Itulah perkataan yang seringkali kita dengar, apabila seseorang itu di timpa musibah atau ujian, mereka berkata " kenapa aku di uji @ kenapa ia terjadi kepada aku " dan banyak lagi perkataan-perkataan yang sama waktu dengannya..... pelbagai jenis ujian dan musibah yang ALLAH berikan, ada sakit, sihat, miskin, kaya, berjaya, gagal, sedih, gembira dan sebagainya...itu semua ujian dari ALLAH.....
Bila sebut pasal ujian dan musibah, aku teringat ujian dari ALLAH yang telah aku lalui.. iaitu ujian yang mana pada saat aku terlibat dengan kemalangan jalan raya, kejadian itu berlaku saat aku bersama tiga orang lagi sahabat aku yang sedang menaiki sebuah kereta yang di pandu oleh salah seorang sahabat aku sewaktu dalam perjalanan pulang dari satu tempat ke tempat kami belajar..
Nak diceritakan memamg panjang, tapi saya pendek kan saja.. kereta yang saya naik bersama sahabat saya waktu itu dengan secara tiba2 hilang kawalan dan kereta itu berputar 360 darjah dan aku tidak tahu apa yang berlaku saat itu kerana bila aku buka ja mata, kereta yang kami naik itu da berada dalam semak..dan agak lama juga la kami terperangkap di dalam kereta (dalam lima minit) kerana keempat2 pintu kereta terlock.. walau dengan keadaan kereta yang mana semua orang cakap penumpangnya tak dapat di selamatkan..tapi Alhamdulillah aku bersyukur sangat2 kerana aku dan tiga orang lagi sahabat selamat dari musibah itu... dan ALLAH menghantarkan ramai orang yang datang untuk menyelamatkan kami...
Dan disaat itu juga walaupun tanpa keluarga di sisi aku, tapi aku bersyukur kerana ALLAH telah menganugerahkan buat ku sahabat2 yang baik yang mana mereka sentiasa di samping aku saat susah dan senang serta mereka sentiasa mendoakan aku... Dan kali ini aku sekali lagi di beri ujian yang sama oleh ALLAH.. walaubagaimanapun aku bersyukur kepada ALLAH sangat2 kerana aku dan sahabat ku yang mana bakal bergelar seorang ibu selamat.. dan baby di dalam kandungannya juga selamat.. dan juga sahabat2 lain masih disisi aku dan mendoakan keselamatan aku dan sahabat aku (bakal ibu)... inilah kisah ujian yang aku pernah tempuhi...
Aku tahu ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melainkan mereka sanggup dengan ujian itu...
dan ujian dari ALLAH itu bukannya ALLAH benci kepada hamba-NYA...tapi ALLAH sayanggg....
Dan ujian itu juga adalah kebaikan buat seseorang yang di uji... sebagaimana sabda Rasulullah SAW... :
Apabila kita di timpa sesuatu ujian atau musibah, tidak kira lah musibah dan ujian itu kecil atau besaq, jangan lah kita mengeluh dan berputus asa..bangkitlah!!! teruskan langkah perjuangan, kerana di saat ini lah ALLAH ingin melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita sebagai hamba-NYA....
Ingatlah bahawa setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi merupakan sumber kekuatan kita.
Mengapa aku berkata begitu ??
Hal ini kerana setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang.. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan yang kita lalui adalah sebagai batu loncatan kepada diri untuk mengubah kehidupan kita..
Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri.. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..
Musibah itu akan mendekatkan kita kepada ALLAH, Mengajarkan kita untuk berdoa, Menghilangkan kesombongan, sikap ujub dan kebanggaan... Bertakwalah kepada ALLAH, Dan serahkanlah segala urusan kepada-Nya, Redhalah terhadap hukumnya, mengadulah kepada-Nya, dan berpeganglah kepada-Nya, Kerana Dialah Yang Maha Mencukupi..
Wahai diri, tabahkanlah hati... Bersyukurlah dengan segala mehnah dan ujian ini. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih, malah bersabar dengan tribulasi hidup..
.....Bersyukur kerana di uji dan ujian itu tanda ALLAH masih sayang.....
No comments:
Post a Comment