Saturday, 31 May 2014

Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim...

ASSALAMUALAIKUM WBT

Allahu Akbar...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi pinjaman nafas untuk kita bernafas meneruskan perjuangan sebagai hamba-NYA.... dan aku bersyukur juga kerana pena ku ini masih lagi bisa bergerak pada hari ini.... untuk perkongsiaan seterusnya...

InsyaAllah hari ni aku ingin berkongsi tentang pengalaman aku semasa berada di tempat berkhidmat.. pengalaman ni adalah pengalaman yang sangat-sangat bermakna dan tidak dapat di lupakan...

Pada 29 Mei 2014, aku di beri tugas untuk menyertai sesi pengurusan jenazah yang tidak dituntut di ruangan forensik...  aku bersyukur kerana di beri keizinan untuk melihat dan melaksanakan tugasan ini... tapi bila mana ustaz aku cakap, jenazah ini adalah jenazah yang tak di tuntuk @ tiada waris aku mula rasa kesian terhadap jenazah tersebut...dan aku terkejut kerana ustaz cakap " jenazah tu bukan sorang... tapi tiga orang".. Allahu Akbar...

Aqu akan mula masuk ke bilik forensik pada jam 9.00 pagi untuk uruskan jenazah tersebut..tapi sebelum masuk, ustaz memberitahu agar aku bersedia untuk menghadapinya... dan dalam hati, aku berkata : InsyaAllah aku bersedia dan akan kuat walau macam mana sekali pun keadaan jenazah tersebut....

Tibalah saat yang di tunggu, bila mana aku menjejak kaki ke bilik forensik dan melagkahkan kaki ke ruangan pengurusan jenazah Islam, aku melihat satu persatu jenazah di keluarkan dari peti dan di bawa ke bilik mandi jenazah... dua jenazah yang di keluarkan dari peti dan satu jenazah yang di bawa dari luar...


jenazah yang tak dituntut

Ini lah jenazah yang tak dituntut.. dua baby dan satu dewasa... bila tengok gambaq ni mesti tertanya-tanya kan mana jenazah dewasa????? ha..ni aku nak habaq, jenazah dewasa ada dalam plastik hitam tu..jenazah dewasa tu sedih sangat..nak tahu kenapa??? jenazah tu hanya tinggal tengkoraknya sahaja dan tak dapat di kenalpasti identitinya...Masya Allah....


Alhamdulillah pengurusan ketiga-tiga jenazah ini berjalan dengan lancar...tapi faham-faham la kalau jenazah yang dah lama ni macam mana baunya kan..?? tapi semua tu aku ketepikan... yang aku fikir, mesti cepat-cepat menyempurnakan kesemua jenazah ini...

Akhirnya selesai sudah sehinggalah pengebumiaan... sama-sama kita doakan semoga kesemua jenazah ini ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh...amin...


Ni saja lah perkongsiaan pengalaman aku semasa melaksanakan tugas yang di amanahkan....

Alhamdulillah aku telah diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini, yang mana aku rasa tidak semua orang dapat merasainya... Terima kasik Ya Allah kerana ENGKAU telah memilih ku untuk merasai semua ini...dan bila aku melaksanakan tugasan ini, hati ku terdetik dengan kata-kata... "Ya Allah sesungguhnya MATI itu pasti bagi setiap hamba MU..." oleh itu, sama-samalah kita banyak memperingati tentang kematiaan...kerana dengan mengingati mati, diri akan dekat dengan Pencita kita iaitu ALLAH SWT...... 

Ketahuilah sesungguhnya KEMATIAN adalah KEPASTIAN....

...Wallahu'alam..



Saturday, 24 May 2014

SIFAT MANUSIA


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada aku untuk meneruskan tinta kali ini... 

InsyaAllah hari ni aku nak berkongsi sedikit pengetahuan dan ilmu yang aku belajar iaitu tentang SIFAT MANUSIA.. 

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
" Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah dari harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mehu yang ketiga.Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat..." (Hadis Riwayat Ahmad)

Huraian hadis ;

i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain..

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individuyang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri..

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha, di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan.. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah SWT.. Bahkan Allah SWT telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan di tambah...manakala sebaliknyaa pula bagi orang yang kufur iaitu orang yang tidak bersyukur....

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan... di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan, dan sebagainya...tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat....

v) Bersegeralah beristirghfar dan bertaubat di atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan kerana Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat...

SAMA-SAMA KITA RENUNG-RENUNGKAN
Tepuk Dada Tanyalah IMAN.....

Friday, 2 May 2014

Berzikirlah...Walau Sesibuk Mana Sekalipun Kita...

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Pencipta sekelian 'alam..InsyaAllah bersempena dengan bulan REJAB yang mulia ini, sama-sama lah kita tingkatkan amalan untuk menuju ke bulan-bulan yang akan datang..

Sepertimana yang kita tahu, banyak amalan-amalan yang kita boleh lakukan dan tanpa sedar amalan itu walaupun sekecil-kecil amalan, tapi ia memberi ganjaran yang besaq kepada kita...dan hari ni aqu nak kongsi salah satu amalannya ialah dengan BERZIKIR........

Zikir ialah ibadah yang paling ringan, tapi amat berat timbangan pahalanya... walaupun mudah dan ringan untuk di amalkan, kebanyakan muslim lupa untuk melakukan nya...kenapa??? ini desebabkan ia tidak di latih berbuat demikian....



Satu kisah dari pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari.. burung itu hinggap di atas pokok kurma.. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burung pun yang mempunyai sarang di situ.. Beliau berkata:
" saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya.. setiap kali burung itu mendekatinya ia pun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang.. perbuatan itu dilakukannya setiap hari"..

Dari kisah tersebut, ia mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain..Manakala kehinaan itu adalah kerana mensiakan potensi dan kekuatan jasmani serta rohani yang Allah SWT kurniakan kepada kita... Kerana sedangkan haiwan bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna..tetapi manusia masih lagi di ulit mimpi angan-angan yang panjang.. Haiwan dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT.. tetapi manusia??????



Allah SWT berfirman di dalam surah At-Taubat ayat 105 yang bermaksud:
" Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-NYA serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan di kembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu di berikannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"..

Semua muslim tahu, bekerja itu ibadah... Bahkan nafkah yang yang di hulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama..tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini... ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman.. Di manakah kelemahannya??? hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur..? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang makudnya: " Jika datang hari kiamat dan di tangan seseorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya". (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Di sini aku ingin berkongsi semangat kerja Nabi Allah Idris AS yang boleh dicontohi.. Baginda seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri..pada suatu hari, Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi??Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi" (Surah Maryam : 57). Nabi Idris menjawab: "saya tidak tahu wahai Tuhanku". Allah berfirman: "Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-KU seperti setengah amalan penduduk dunia inikerana kamu banyak berzikir".. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh". (Surah Fatir : 10)

Begitulah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; SubhanAllah, Walhamdulillah, WalailahaillAllah, WAllahu Akbar.. Pekerjaan yang di lakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah SWT dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredhaan Allah...

Demikianlah zikir yang dilakukan...Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat.. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat.. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh di lakukan.. Sungguh senang, tapi ramai yang meninggalkannya....

Ini pula kisah dari Al-Imam Ibnu al-Qayyim beliau menyatakan: "Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas kala berdiri, duduk dan berbaring.. gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah"

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang palih sibuk dgn dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya... Baginda adalah seorang ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang di hormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat...Baginda juga  seorang ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun.. Seluruh masa dan tenaga di kerahkan utk memastikan mereka yg hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah..pastikan ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, SYURGA yang abadi.. InsyaALLAH....

Allahu Akbar..... begitu senangkan untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak.. Jadi, apa yang kita tunggu lagi???? sedangkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa berzikir walau dalam apa jua keadaan sekalipun..walaupun Allah telah menjanji kan SYURGA buat Baginda, tapi baginda tetap melakukan amalan-amalan untuk mendapat kan SYURGA....

untuk kita sebagai seorang hamba yang belum tahu lagi sama ada SYURGA atau sebaliknya.. dengan kesempatan dan peluang yang di beri oleh Yang Maha Kuasa ini, marilah sama-sama kita merebut untuk melakukan amalan yg boleh membawa kita ke tempat yang abadi (SYURGA) dan salah satunya adalah dengan berZIKIR.....

....SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALAILAHA ILLALLAH, WALLAHUAKBAR....

WALLAHU A'LAM